Kasih sayang seorang ibu

Kasih sayang ibu adalah kasih sayang yang terbaik di dalam dunia ini. Sungguh aku bersyukur mempunyai ibu yang banyak mendorong walaupun aku tidak pernah nampak ibu aku melakukannya. Sajak ini kutujukan kepada ibu.....

Ibu,
Matamu yang sayu, 
Senyuman yang manis,
Wajahmu yang ayu,
Suaramu yang menyenangkan,

Ibu,
Telah kau berkorban demi aku,
Telah kau mencari sesuap nasi kepadaku,
Telah kau mendoakan kesejahteraanku,
Telah kau menghidupkan jiwa ragaku,

Ibu,
Malammu seperti siang,
Siangmu seperti malam,
Keringatmu membasahi dahimu,
Jiwamu menyembunyikan rasa sunyi di dunia ini.

Ibu,
Kudoakan agarmu sentiasa berseri,
Di dunia kau penyeri,
Bertambahlah lagi serimu di syurga.

Ibu,
Walaupun siapa dirimu,
Takkan siapa tahu,
Kecuali Dia Yang Maha Esa,
Letakkanlah dirimu bersama orang solehah di dunia,
Tempatkanlah mu bersama-sama orang yang beriman di syurga,

Comments

Popular posts from this blog

KURUNG MODEN ADORIA

EMAS PANDORA

Kurung Moden Paloma