Aku, Kau dan Dia

Assalamualaikum......terlebih dahulu puji~pujian kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan solawat ke atas nabi Muhammad dan junjungannya......dan keseluruhannya umat islam yang masih hidup dan yang lain~lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T.

Sudah lama aku ingin menceritakan kisah ini di dalam entry kali ini.....Kisah berbuat baiklah kepada makhluk yang dijadikan oleh Allah S.W.T. Berbuat baik ini apa?Apa maksud berbuat baik? Berbuat baik ini bukan sahaja kepada manusia termasuk haiwan, tumbuh2an, gunung~ganang, batu~batuan, makhluk halus dan pelbagai lagi ciptaan Allah yang maha Esa.

Berbuat baik ini kadang~kadang pada zahirnya kita akan ternampak tetapi pada batinnya terselindung. Ada juga perbuatan baik tersorok akibat perbuatan jahat tetapi ada juga perbuatan jahat berlaku akibat dari perbuatan yang baik. Ada manusia berbuat baik kerana ingin nama, pangkat, harta, lebih kepada keduniaan dan ade kerana pahala semata~mata. Allah menyeru melakukan pekerjaan yg baik dengan bersungguh2 seiiring dengan firman allah s.w.t ;

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (Alam Nasyrah: 7-8)

Yakni apabila kamu telah merampungkan urusan-urusan duniamu dan kesibukannya dan telah kamu selesaikan semua yang berkaitan dengannya, maka bulatkanlah tekadmu untuk ibadah dan bangkitlah kamu kepadanya dalam keadaan bersemangat. Curahkanlah hatimu dan ikhlaskanlah niatmu dalam beribadah kepada-Nya dan berharap kepada-Nya.(Kitab Ibn Kathir)

Manusia yang melakukan kebaikkan tanpa mengharapkan apa~apa ganjaran merupakan manusia yang telah mencapai satu ~satu tingkat iman yang mulia. Walau sekecil kecil kebaikkan yang kita lakukan walaupun mengutip sampah adalah satu kebaikan yg mulia....dipandang mulia di sisi Allah.....

Comments

Popular posts from this blog

KURUNG MODEN ADORIA

EMAS PANDORA

Kurung Moden Paloma